Sunday, 31 December 2017

FFL UPDATES


Assalamualaikum...


To my fellow readers, I know you guys keep wondering what and when is the exact time I'll post Fight For Love(FFL) again.


So, here I'm telling all of you that I've made up my mind to update FFL every five days. Next chapter will be posted on 1/3/2017, followed by the other one on 5/3/2017 and the list goes on(you do the math by your own, okay?). Not to forget the time is 7 in the morning.


Remember, every five days at 7 a.m is our date. Get it?


Don't worry and don't doubt my words because I've scheduled those already written chapters and all you do is to wait for them to be autopublished. My advice, be patience. That's all you need :D


And I love you guys!


Friday, 31 March 2017

Fight For Love Part 11


Assalamualaikum...








NASR Haidar terduduk sebaik saja Puan Khalida memberitahunya bahawa Aileen Zefanya sudah lari dari rumah.


          “Ibu, tenang dulu. Tenang...” Nasr Haidar cuba menyabarkan ibu mentuanya yang sudah panik di hujung talian itu. “Ibu pasti ke dia memang lari rumah? Mana tahu dia cuma keluar sekejap aje.”


          “Tak, Nasr. Memang dia lari rumah. Baju dia semua dah tak ada.” Semakin risau Puan Khalida jadinya. Mana tidaknya, satu-satunya anak perempuan yang dia ada sudah meninggalkannya.


          Nasr Haidar telan liur. “Dia tak ada tinggalkan apa-apa nota ke surat ke?”


          “Pun tak ada juga. Nasr, tolong ibu. Tolong carikan Aileen. Ibu tak nak dia tinggalkan ibu.” Pinta Puan Khalida bersungguh-sungguh merayu kepada Nasr Haidar.


          Laju saja Nasr Haidar mengangguk meski Puan Khalida tidak akan nampak perbuatannya itu. Kalau Puan Khalida tidak menyuruhnya mencari Aileen Zefanya pun dia tetap akan cari gadis itu walau apa cara sekalipun.


          “Baik, bu. Nasr cuba cari dia nanti. Ibu jangan risau. Tak apalah, Nasr letak phone dulu. Nanti apa-apa hal Nasr bagitahu ibu.”


          Sejurus panggilan dimatikan, dia terus melangkah keluar dari rumah keluarganya itu. Saat ini dia rasa sangat menyesal kerana meninggalkan rumah Puan Khalida. Dalam perjalanan keluar, dia bertembung dengan Nadrah yang sedari tadi mencuri-curi perbualannya dengan Puan Khalida tanpa dia sedari.


          “Abang nak ke mana?” Tanya Nadrah apabila melihat tingkah abangnya yang bagaikan kucing hilang anak itu.


          “Abang nak keluar cari Aileen. Dia lari rumah.” Jawabnya dengan mata melekap pada skrin telefonnya yang memaparkan aplikasi GPS Tracker. Tiada langsung pemberitahuan tentang di mana Aileen Zefanya berada membuatkan jiwanya semakin resah. Ke manalah isterinya pergi?  


          Nadrah pula mengekorinya dari belakang.


Langkah Nasr Haidar terhenti apabila Nadrah menahan lengannya. “Why?”


“Biar ajelah dia pergi.”


          “What do you mean?” Berkerut tiga lapis dahi Nasr Haidar.


          “Give her time, abang. Kalau dia nak pergi, biar aje dia pergi. Jangan tahan dia.” Tanpa riak Nadrah menuturkan. Membuatkan Nasr Haidar tersentak.


“Nadrah tahu ke dia ke mana? Bagitahu abang. Abang nak cari dia.”


          Nadrah tidak menjawab.


          “Please, Nadrah. Tell me. Abang buat ni bukan untuk abang aje, aunty Khalida pun nak abang carikan Aileen. Kalau tak kesiankan abang, Nadrah kesiankanlah aunty Khalida tu.”


          Keluhan berat dilepaskan Nadrah. “I don’t know if you can find her or not...” Jam yang melilit tangannya dikerling. “Her flight to KL has departed fifteen minutes ago.


          “Dia buat apa pergi KL?”


          “KL first. Then Italy.”


          Mendengar saja empat patah kata itu, Nasr Haidar kembali menggerakkan kakinya ke arah keretanya yang terparkir di garaj. Dia takkan bazirkan masanya lagi di sini. Dia yakin dia boleh mendapatkan Aileen Zefanya kembali sebelum sempat gadis itu berlepas ke Itali.


          “You still insist to get her?” Tanya Nadrah ketika pintu bahagian pemandu dibuka Nasr Haidar.


          “Yes.”


          Jatuh bahu Nadrah dibuatnya, sedikit kalah dengan kesungguhan abangnya itu. “Next flight to KL is within two hours. By that time, I’m sure she is already gone. Abang takkan dapat jumpa dengan dia sebab flight ke Itali lagi sejam empat puluh lima minit.”


          Pintu kereta dihempas kasar. “Dah lama plan semua benda ni belakang abang?!”


          Nadrah telan liur. Gugup. “Her plan, not mine.”


          “Tapi Nadrah memang tahu. Yet, Nadrah tak nak bagitahu abang. Kenapa? Sebab nak tengok marriage abang hancur?!” Makin tinggi nada suara Nasr Haidar. Kalau bukan Nadrah yang sengaja mencabar had kesabarannya, sumpah dia takkan berkasar begini dengan adiknya.


          “Nadrah tak ada niat macam tu pun.”


          “Then what?!” Sergah Nasr Haidar. Garang matanya mencerlung pada Nadrah. “You know what, abang kecewa dengan Nadrah. Sangat kecewa dengan Nadrah. From now on, don’t talk to me anymore.


          Nadrah tersentak. “Abang, takkan sebab hal ni kita nak putus saudara?”


          Nasr Haidar mengabaikan soalan adiknya itu. Sungguh, dia benar-benar marah dan kesal dengan apa yang terjadi. Tidak menghiraukan Nadrah, dia memboloskan diri ke dalam kereta dan terus memecut laju.








NASR Haidar melempar kasar telefon pintarnya ke atas sofa. Rasa marah dan kecewa semakin membukit dalam dada.


Sejak semalam, kali ini sudah lebih seratus kali dia cuba menghubungi Aileen Zefanya. Tetapi panggilannya itu langsung tidak berjawab meskipun ada deringan.


Dan apa yang membuatkannya lagi sakit hati adalah apabila panggilan terakhirnya tadi operator telefon telah menyatakan nombor yang cuba dihubunginya itu sudah tiada dalam perkhidmatan.


          Rambut yang sedia kusut diraup kasar. Sejak pemergian Aileen Zefanya, hidupnya jadi langsung tidak tenteram. Hati menjadi gundah gulana dengan hilangnya gadis itu.


Meski dia hadir juga ke tempat kerja hari ini, namun hanya Tuhan saja yang tahu betapa terpaksanya dia untuk melakukan itu. Jiwa yang resah telah mengganggu tugasnya untuk mengajar. Kelasnya juga ditamatkan secepat mungkin kerana fikirannya berserabut memikirkan tentang Aileen Zefanya.


          Terbayang-bayang di ruang matanya kelibat Aileen Zefanya di dalam kamar tidur yang sedang didudukinya sekarang ini. Kalaulah kejadian malam itu dapat dielakkan, tak mungkin dia akan hadapi perkara sebegini. Inilah natijahnya apabila dia tidak dapat mengawal rasa amarah dan juga nafsu terhadap isterinya itu. Sudahnya inilah yang dia dapat.


          Ditinggalkan begitu saja.


          Sungguh dia kecewa dan kesal dengan apa yang berlaku. Kalau hendak dibandingkan  dengan kekecewaan yang pernah dia alami sebelum-sebelum ini, inilah yang paling perit sekali dirasakan. Kerana kekecewaan ini melibatkan orang yang dia cintai. Bahkan terlalu cinta.


          Battlescars yang dipasang sekuat alam oleh jiran sebelah membuatkan Nasr Haidar mengeluh untuk kesekian kalinya. Bagai kena pula lagu itu dengan situasinya sekarang ini.


          Telefon pintar yang tadinya tersadai di atas hujung sofa kemudiannya dicapai semula. Dia tidak pasti jika apa yang bakal yang dilakukan seterusnya ini betul atau tidak, tetapi sekurang-kurangnya dia mencuba.


          Nombor telefon Zamil dihubungi.








AURORA memandang lelaki di hadapannya ini dengan tenang. Senyuman mesra juga diukirkan kepada lelaki yang mengenalkan dirinya sebagai Nasr Haidar itu. Dia tidak tahu motif lelaki ini mahu bertemu dengannya, tetapi melihatkan gaya lelaki itu mungkin Nasr Haidar mahu membincangkan tentang sesuatu yang sangat penting.


          “Kenapa Encik Nasr nak jumpa I?” Aurora terlebih dahulu mengajukan soalan.


          “I sedia maklum yang you adalah bos kepada isteri I, Aileen Zefanya.”


          Kening Aurora terjungkit sedikit. “Aileen is married?”


          “She never tells you?”


          “I’m afraid not.” Balas Aurora. “So, the reason you are here today is because...


          “Because I want to know where you sent her. Which part of Italy? Tell me.” Serius Nasr Haidar menuturkan.


Apabila Nasr Haidar teringat yang Aileen Zefanya ke Itali kerana dihantar bosnya, terus saja dia menghubungi Zamil untuk bertemu Aurora.


Namun memandangkan jadual Aurora sendiri pun padat, dia terpaksa menunggu waktu yang sesuai untuk mereka berjanji temu.


          “I minta maaf kalau niat I hantar dia ke Itali dah menyusahkan you. Kalau I tahu dia dah berkahwin, I mungkin takkan hantar dia sejauh itu. Tapi benda dah jadi dah pun.”


          “Why Italy?”


          “Supaya dia dapat belajar benda yang baru, dalam persekitaran yang baru.”


          “Dalam tempoh setahun?”


          “It just an ideal period of time for her to adapt everything. But knowing her, I pasti tak sampai setahun pun dia dah boleh mahir dengan semua benda yang dia belajar dekat sana.”


          “You boleh jamin dia akan balik sini dalam beberapa bulan nanti?” Lagi soalan ditanya oleh Nasr Haidar, sudah bagaikan detektif saja gayanya itu.


          Aurora jungkit bahu. “I don’t know. It’s all up to her.


          Nasr Haidar tersandar di kerusi. Keluhan juga terbit dari bibirnya.


          “You mesti fikir kenapa Aileen yang I pilih dalam ramai-ramai orang, kan?” Tebak Aurora.


          Kening kanan dijungkitkan. “Kenapa dia?”


          “Well, I saw potential in her. She’s very talented in this business, so I thought why not if I try to encourage her to be better. Sepanjang dia kerja dekat kafe I, tak pernah langsung dia timbulkan masalah. Tak pernah I dengar complaints dari staf I yang lain pasal dia, dan pelanggan pun tak ada yang tak puas hati dengan hasil kerja dia.


Zamil yang selalu pantau kerja dia pun tak pernah mengadu apa-apa yang buruk pasal dia. Everything is perfect. Walaupun dia anggap diri dia tak sempurna, tapi dalam tak sedar dialah yang menyempurnakan segalanya. Sebab tu jugalah I susah nak lepaskan pekerja macam dia.”


          Panjang penjelasan Aurora. Nasr Haidar pula hanya mendengar tanpa menyampuk apa-apa. Dia masih rasa terkilan apabila Aileen Zefanya memilih untuk melarikan diri.


Bagaimana kalau Aileen Zefanya sudah tertutup hati untuk pulang semula ke sini, atau lebih tepat ke pangkuannya nanti? Masih adakah peluang itu?


          “Encik Nasr...” Panggil Aurora mengembalikan fokus Nasr Haidar pada gadis itu. “Are you okay?”


          Nasr Haidar mengangguk sekali. “Tolong bagitahu I dekat mana dia duduk dekat Itali.” Dia berjeda. “I cuma nak tahu dia selamat ke tidak sebab I tak dapat hubungi dia. Kalau you tahu dia tukar phone number yang baru, bagitahu I.”


          Aurora diam seraya melepaskan nafas perlahan. “Actually, Aileen minta I untuk rahsiakan keberadaan dia dari sesiapa. Termasuklah tak bagitahu nombor telefon baru dia juga. I tahu you suami dia dan you berhak tahu, tapi kalau Aileen sendiri yang minta untuk rahsiakan, I tak boleh sesuka hati betray dia.”


          “You tahu tak everyone is worried about her instead of me?”


          Aurora senyum kecil. “Macam nilah, Encik Nasr... I pasti Aileen ada sebab dia sendiri kenapa dia pergi Itali. Memang, I yang tawarkan dan sokong dia sepenuhnya ke sana tapi kalau bukan dengan kehendak dia sendiri, dia takkan pergi. Dan I rasa, you tak perlu pun risau pasal dia. I berani jamin dia akan baik-baik aje dekat sana.


Okeylah Encik Nasr, I rasa sampai sini aje meeting kita. Anything about Aileen, I’ll try my best to keep you updated. See you around.”








“BINCANG apa dua beranak ni? Serius semacam aje...” Sela Puan Sri Rafidah yang entah dari mana munculnya, menyampuk perbualan di antara Nasr Haidar dan Hajah Rahmah berkenaan topik Aileen Zefanya. Dia mengambil tempat duduk di sofa berhadapan Nasr Haidar.


          “Tak ada apalah...” Jawab Hajah Rahmah, berselindung. Biarlah apa yang terjadi antara cucu dan cucu menantunya tidak sampai ke pengetahuan anaknya si Rafidah itu. Nanti lagi panjang ceritanya.


          “Yelah tu tak ada apa-apa.” Tumpuannya beralih pada Nasr Haidar. “Hah Nasr, mama dengar cerita Aileen lari rumah. Betul ke? Huh, tak sangka kan? Perangai anak dengan bapak sama aje. Dulu bapak dia pun tinggalkan mak dia. Sekarang, dia pula yang tinggalkan Nasr. Perempuan macam tu nak digelar sebagai isteri?”


          Nasr Haidar melepaskan keluhan kerana dibedil ibunya tanpa sempat dia bersedia apa-apa. “Dia pergi Itali, ma.”


          “Itali?” Puan Sri Rafidah sedikit kaget. “Buat apa dia dekat sana? Lari ikut jantan lain?”


          “Fidah... apa cakap macam tu?” Sela Hajah Rahmah, kurang senang dengan tuduhan anaknya itu pada Aileen Zefanya.


          “Tak adalah, mama. Dia ada kerja dekat sana.” Jelas Nasr Haidar.


          “Kerjalah sangat. Bila pula dia nak balik tu?”


          “Lagi setahun.”


          “Setahun?!” Naik seoktaf nada suara Puan Sri Rafidah. “Habis tu kamu biar aje dia duduk sana tu? Nasr, tolong jangan malukan mama boleh tak? Dia tu nampak sangat nusyuz dengan kamu. Nasr jangan cakap Nasr sendiri relakan dia pergi sebab terang lagi bersuluh memang ikut suka dia aje nak tinggalkan Nasr. Yakin sangat ke dia balik lagi setahun? Entah-entah esok lusa dah dapat surat tuntut cerai.”


          “Rafidah!” Hajah Rahmah menegur tegas. Menghentikan bebelan Puan Sri Rafidah. “Jangan cakap ikut sedap mulut aje kalau kamu tak tahu apa-apa.”


          Puan Sri Rafidah menjeling siling. “Mak, tolonglah... tak payah nak menangkan sangat cucu menantu mak tu boleh tak? Dia bukannya baik sangat pun. Tak fahamlah kenapa mak dengan anak-anak saya bukan main suka sangat dengan perempuan tu. Nasr, kalau Nasr kahwin dengan pilihan mama, tak adanya rumahtangga Nasr huru-hara macam ni tau.”


          “Kamu tu bukannya Tuhan, Fidah. Kamu tak berhak nak hukum rumahtangga Nasr dengan Aileen.”


          “Mak, apa yang Fidah cakap tu betul. Aileen tu memang bawa malang aje dalam keluarga ni. Tengoklah apa yang dia buat dekat Nadrah. Nadrah tu, elok-elok masa sekolah dulu pakai tudung, sekarang entah mana pergi tudung dia. Perangai pun dah sama naik macam Aileen tu. Keras hati. Degil.”


          Hajah Rahmah menggelengkan kepalanya. Tak sudah-sudah Puan Sri Rafidah itu hendak menuduh Aileen Zefanya penyebab Nadrah berubah laku. Sedangkan dia tidak tahu, Nadrah itu sendiri memang bersikap begitu sejak dulu lagi sebelum bertemu dengan Aileen Zefanya.


Cuma yang bezanya, Aileen Zefanya bebas melakukan apa yang dia mahukan manakala Nadrah pula terkongkong dengan peraturan ketat yang ditetapkan oleh ibu dan bapanya. Dan apabila dia masuk ke universiti, barulah keluar satu per satu sikap sebenar Nadrah dan itu membuatkan Puan Sri Rafidah terus naik darah dan sekaligus meletakkan semua kesalahan pada Aileen Zefanya.


          “Mama, janganlah cakap Aileen macam tu. Nadrah jadi macam tu sebab dia sendiri yang nak, bukan sebab Aileen.” Nasr Haidar membela isterinya.


          “Tengok, Nasr pun sama aje. Apa yang mama cakap pasal Aileen, semua Nasr tak nak dengar. Nak sangat menangkan Aileen tu.”


          “Ma...”


          “Dahlah, sakit hati mama bila cakap pasal dia lama-lama. Bukannya ada orang nak sokong mama pun.” Omel Puan Sri Rafidah agak berkecil hati dengan Nasr Haidar dan juga ibunya yang banyak melebihkan Aileen Zefanya.


Entah apalah yang dipandang sangat budak bermasalah itu. Huh!








“ABANG...” Tegur Nadrah ketika menghampiri Nasr Haidar yang kelihatannya mengelamun di laman rumah. Entah sudah berapa lamalah abangnya duduk di situ. Walaupun waktu sekarang sudah pun sampai ke tengah malam, namun Nasr Haidar tetap tidak berganjak dari situ.


          Nasr Haidar tidak menoleh meski dia mendengar panggilan Nadrah.


          “Abang...” Nadrah melabuhkan punggung di sisi Nasr Haidar. “Kenapa duduk sorang-sorang dekat luar memalam buta ni? Tahu dek mama, marah dia nanti sebab abang berembun.”


          Nasr Haidar cuma diam.


          “Abang marahkan Nadrah lagi ke?” Nadrah bertanya perlahan, seakan berhati-hati jika nanti  Nasr Haidar tiba-tiba melenting.


          Diam lagi.


          Nadrah mengeluh berat.


Besarnya impak kehilangan Aileen Zefanya pada Nasr Haidar. Baru seminggu ditinggalkan Nasr Haidar terus berubah laku.


Nadrah sedar dia juga bersalah dalam hal ini tetapi abangnya tidak boleh meletakkan semua kesalahan di bahunya dan juga Aileen Zefanya. Abangnya sendiri juga patut dipersalahkan.


Dia teringat perbualannya dengan Aileen Zefanya beberapa hari lepas.


          “I’m speechless.” Terkeluar ayat itu setelah mengetahui apa yang terjadi di antara Aileen Zefanya dan Nasr Haidar. Nadrah masih tidak dapat menerima kenyataan yang abangnya sendiri sanggup bertindak sejauh itu terhadap Aileen Zefanya.


          “Sebab tu aku nak pergi Itali.”


          “Kau nak jauhkan diri daripada dia?”


          “Aku nak lupakan dia dan semua benda yang berlaku.”


          “Tapi kau tak maksudkan untuk bercerai dengan dia, kan?”


          Aileen Zefanya senyap. Cerai? “Kau rasa abang kau nak ceraikan aku ke?”


          Giliran Nadrah pula terdiam. Mengenali seorang Nasr Haidar, abangnya tidak akan melepaskan sesuatu yang menjadi kepunyaannya dengan mudah. Tambah pula kalau dia benar-benar sayangkan haknya itu. Dan Nadrah sendiri tahu betapa besarnya sayang Nasr Haidar kepada Aileen Zefanya. Jadi, untuk melepaskan Aileen Zefanya dengan sewenang-wenangnya bukanlah mudah pada Nasr Haidar.


          “He loves you so much to do such things.”


          “So, divorce is not an option.”


          Nadrah tersenyum dalam hati. Agak kagum juga dengan Aileen Zefanya. Kalaulah perempuan lain di tempatnya, mungkin sudah lama meroyan meminta cerai. Tetapi Aileen Zefanya, dia langsung tidak memikirkan hal itu. Malah tidak pula sepanjang sesi luahan perasaan tadi dia menyebut perkataan cerai. Cuma sekadar menyatakan kesungguhannya untuk menjauhkan diri dari Nasr Haidar dengan berhijrah ke Itali.


          “Kau tak pernah fikir untuk cuba berbaik dengan abang?”


          “Aku tak boleh terima dia dalam hidup akulah.”


          “Apa yang kurang pada abang aku yang sampai sekarang kau tak boleh terima dia? Kalau dengan lelaki lain kau okey aje.”


          Aileen Zefanya jungkit bahu. “Aku pun tak tahu.”


          “Aku rasa kau sendiri tak nak buka hati kau untuk dia.”


          Tamat saja lamunannya, Nadrah kembali membuka mulut memanggil Nasr Haidar.


“Abang...”


          “Boleh diam tak, Nadrah?” Baru kali ini Nasr Haidar bersuara. Kasar bunyinya.


Nadrah telan liur kelat. “Why can’t you give her time-off, abang? She deserves it.


Nasr Haidar merengus. “You don’t understand.


“Abang, all she asked for is to go to there for a year. Not that she’s gonna leave you forever.  Dia pun tak ada minta cerai dengan abang, kan? Abang anggap ajelah dia pergi sambung study. Senang cerita.” Nadrah menuturkan mudah. Mengundang jelingan membunuh Nasr Haidar.


          “Nadrah senanglah cakap, bukan Nadrah yang suami dia.”


          “Maksud abang?”


          “Dia tanggungjawab abang, Nadrah. Apa-apa yang berkaitan dengan dia semuanya abang yang kena bertanggungjawab. Lagipun...” Nasr Haidar berjeda. “Abang terfikir kalau dia pregnant nanti.”        


          Nadrah hilang kata. Benar juga, bagaimana kalau benar Aileen Zefanya hamil nanti? “Tapi, kalau dia tak pregnant pun abang takkan pernah bagi dia pergi sana, kan?”


Kali ini Nasr Haidar pula terdiam. Rambutnya diraup ke belakang. Soalan adiknya itu dibiarkan sepi tanpa jawapan.


          Nadrah mengeluh lagi. “Abang, kalau abang sayangkan dia, cuba abang bagi peluang untuk dia buat apa yang dia suka. Aileen pun bukannya budak kecik lagi, dia tahu apa yang dia buat. Abang tak perlu risau pasal dia.”


          “Macam mana abang tak risau kalau seminggu abang tinggalkan dia untuk kursus pun dia dah keluar pergi clubbing? Inikan lagi kalau dia pergi Itali.”


          “Dia cuma pergi kelab sebab nak hilangkan stres aje. Nak enjoy. Bukannya dia pergi sana nak berpeleseran dengan lelaki.”


          “How can you guarantee that?” Nasr Haidar bertanya mencabar. “Dengan keadaan dia sendiri yang mabuk masa tu, Nadrah yakin ke nanti dia tak akan ikut sesiapa? Mujur abang yang jumpa dia dulu sebelum dia ikut entah mana-mana lelaki dalam kelab tu.”


          “Talking of you found her at the club, how you did that?” Nadrah cuba mengorek perihal yang satu itu. Kalau betullah sangkaannya selama ini, maknanya abangnya itu bukan boleh dibuat main kalau ianya sesuatu yang melibatkan Aileen Zefanya.


          “GPS Tracker.”


          Nadrah telan liur. Pendek dan bersahaja saja jawapan Nasr Haidar tetapi mampu membuatkan dia cuak sendiri.


          “Sampai macam tu sekali abang nak kongkong dia?”


          “Abang bukan nak mengongkong dia. Abang cuma tak nak dia buat benda yang bukan-bukan. Yang nanti boleh memudaratkan diri dia sendiri.”


          “Okay, you got a point there. Tapi kalau abang nak cakap kalau dia pergi Itali boleh memudaratkan diri dia, Nadrah takkan terima alasan tu. Dekat sana dia bukannya duduk sorang-sorang, ada famili Kak Rory dekat situ. Dia orang boleh tolong jagakan dia.”


          Nasr Haidar geleng kepala berserta keluhan. “Nadrah memang takkan faham apa yang abang rasa tentang Aileen, apa yang abang risaukan pasal dia. Abang cakaplah macam mana sekalipun memang Nadrah takkan faham.”


          “Kenapa pula Nadrah tak faham?” Soal Nadrah dengan dahi berkerut.


          “Because...” Nasr Haidar tarik nafas dan menghelanya perlahan. You don’t understand what is love and how much love I have for Aileen. You will never understand that.


Serentak itu, dia bangun dari bangku panjang itu.    





P/S : Done with throwback chapters(happy to finish them right on time at the end of March)! 

         Next chapters' setting will be the present time of this story(if you read prologue and chapter 1 you will know what im talking about). And here I want to stress something about FFL, this story contain less sweetness and romances. There's still love, dont worry. But it has a very big/huge/enormous of conflicts and shits ever! 

         Sorry to crush your expectations people. Nothing much I can do about that except telling you I am truly SORRY. I just dont feel to write a lot of romance in Fight For Love like I used to in my previous stories. 

         That's it.


P/S/S : Trying to avoid cliches. Eventhough I know I cant do that forever. But still...