Wednesday, 18 January 2017

Cerpang Perang Cinta Part 1


Assalamualaikum...








Author's note : Hehehe... akhirnya dapat juga tulis cerita pasal Hanif dan Zafirha. Jemput baca.




11 tahun dulu...

“Kau dah ready?” Soalan dari Hana Nadia membuatkan Zafirha mengangguk. Dia yakin dia boleh lakukan ini. Tekad sudah dibulatkan, dan dia takkan mengalah sebelum mencuba.

“Kalau macam tu, aku wish good luck dekat kau! Apa-apa jadi nanti sekalipun, kau tetap best friend aku, tau!” Ucap Hana Nadia lagi. Walaupun apa yang bakal dilakukan Zafirha nanti dianggap salah satu kerja gila tetapi dia akan setia menyokong sahabatnya itu.

Thanks, babe. I love you.” Balas Zafirha. Hana Nadia menepuk bahu gadis itu berkali-kali.

Love you too. Dah, pergi. Chaiyok!

Dengan berbekalkan kata-kata semangat dari Hana Nadia, Zafirha melangkah ke koridor belakang sekolah. Kelihatan Hanif sudah pun menunggunya di situ. Ketua pengawas sekolah itu melirik jam tangannya untuk entah kali yang keberapa. Nampak sangat yang sudah tidak sabar menunggu munculnya Zafirha.

“Hah, muncul pun kau!”

Gadis itu ukir senyum bersalah, sedar akan kelewatannya. “Sorry, kelas habis lambat tadi.”

“Okey. So, ada apa nak jumpa aku ni? Kau nak report siapa punya jenayah?”

Ketawa menggeleng Zafirha dibuatnya. Mentang-mentang kau head boy... “Taklah, bukan pasal tu.”

Then?”

Zafirha membuka beg sandangnya lalu dikeluarkan sekeping kertas yang berlipat. Hanif angkat kening sebelah, bertanya apa tetapi Zafirha menggelengkan kepala. Enggan memberitahu isi yang tertulis dalam kertas itu.

Hanif terus mencapai dan membuka lipatan surat itu. Serius wajahnya membaca satu persatu ayat yang bertulis.

Zafirha gigit bibir melihat reaksi Hanif yang semakin lama semakin tegang itu. Kulitnya walaupun sawo matang, tidak mampu melindungi tona merah yang mula muncul di wajahnya.

Kepala Hanif mendongak memandang Zafirha. Matanya tajam merenung gadis itu. “What. Is. This?”

Erm... A letter?” Zafirha ingin menjawab tenang tetapi entah kenapa jawapan yang keluar dari bibirnya menjadi sebuah soalan. Tidak semena-mena dia menjadi gugup.

Do you aware that this kind of letter is forbidden in school?”

Zafirha telan air liur. Soalan dari Hanif itu membuatkan tubuhnya rasa sedikit menggigil. Apatah lagi ton suaranya sudah jatuh ke paras rendah. Kedengaran perlahan tetapi siapa pun yang dengar, tahu bahawa itulah makna bahaya.

“Zafirha?” Renungan Hanif semakin tajam setelah gadis di hadapannya diam saja.

“Aku cuma luahkan apa yang aku rasa.” Jawab Zafirha rendah.

Hanif mengetap giginya. “Bullshit.”

Dan serentak itu, kertas di dalam tangannya terus dikoyak. Sehingga menjadi cebisan kecil.

Zafirha tergamam.

Hana Nadia yang memerhati di balik dinding ternganga.

Hanif pula terus meninggalkan kawasan itu.

Tidak lama selepas tubuh Hanif menghilang, Hana Nadia mendapatkan sahabatnya yang masih terkaku di situ. Riak wajahnya penuh dengan kerisauan. “Zaf, kau okey?”

Zafirha yang bagaikan tersedar, mengangkat muka menentang Hana Nadia. Senyuman ditarik tetapi Hana Nadia itu bukan senyuman yang biasa. Ada sesuatu di sebalik senyuman itu.

The war has begun.


*****


Sekarang...

Zafirha baru saja melabuhkan punggung di dalam bilik kerjanya itu apabila pintu biliknya diketuk. Segera dia melaungkan kata masuk. Pintu dikuak dari luar, mempamerkan Alisya yang bersandar di bingkai pintu sambil tangan menyilang dada.

“Lambat datang hari ni, cik kak?” Soal Alisya dengan kening terjungkit. Zafirha menjeling siling.

“Kalau kau tengok punch card aku, aku masuk pukul 9 pagi. Tepat.”

Still... kau lambat. Biasanya kau datang lima belas minit sebelum kau punch card. Kau akan ada masa untuk relaks sekejap dalam bilik kau ni, pergi pantri untuk sarapan. Tapi hari ni kau tak ada masa nak buat benda-benda tu sebab pukul 9 tepat baru kau sampai dekat ofis.” Panjang lebar Alisya membuat penerangan.

“Kau ni tak ada kerja lain ke selain jadi stalker aku?” Sindir Zafirha. Mengusik.

“Hei... aku bukan stalker, tapi observer.”

“Apa-apa ajelah.” Zafirha mengibas tangannya tanda tidak peduli dengan Alisya. 

“Apa yang penting sangat sampai datang bilik aku ni?”

“Kau lupa something ke hari ni?”

Zafirha yang sibuk menghadap komputer ribanya angkat muka. “Lupa apa?”

Girl, sometimes you can be senile, you know?” Alisya ketawa kecil. “Hari nikan bos baru masuk.”

 “Allah, aku terlupa.” Dahinya yang tidak bersalah diketuk.

So, kau tunggu apa lagi dekat sini? Jom pergi meeting room. Ramai dah ada dekat sana.”

Tanpa berlengah lagi Zafirha membuntuti Alisya ke bilik mesyuarat setelah mengunci biliknya. Ketika sampai di bilik mesyuarat, didapatinya semua staf sudah mengambil tempat duduk masing-masing. Tapi tak nampak pula muka staf baru, atau bos baru mereka.

Tak sampai lagilah tu.

Zafirha menarik nafas lega. Nasib baiklah dia tak lambat sangat. Kalau tak mesti malu bila masuk bilik mesyuarat tadi kalau agenda dah mula.

“I dengar bos baru kita ni muda.” Terdengar suara gedik si ratu gosip dalam department mereka. Zafirha saling berbalas pandangan dengan Alisya. Alisya menjeling siling, menyampah mendengar suara si Bainun, atau lebih mahu dikenali dengan gelaran Queen Bee.

“Bos kita muda ke tua ke, you jangan ingat boleh mengorat dia.” Tegas Alisya pada orang bawahannya itu membuatkan riak wajah Bainun berubah kelat.
Zafirha senyum senget.

Dalam department mereka, cuma dia dan Alisya saja eksekutif. Tetapi biasanya yang bersikap tegas adalah Alisya. Apa-apa benda yang tak kena di mata perempuan itu, yang tak sedap didengar, semuanya akan dia sound direct tanpa kias.

Zafirha pula lebih suka berdiam diri saja. Tetapi semua orang tahu bila masa dia bertindak. Iaitu apabila borang penilaian prestasi pekerja diberikan kepadanya. Nanti adalah yang dapat markah cemerlang, baik, tercorot. Siapa yang tercorot itu tahulah silap apa yang dia buat dengan Zafirha.

Guys, attention please!” Suara Encik Badrul yang mencelah setelah beberapa minit mereka menunggu di situ menarik tumpuan mereka. “Maaf, I buat you all semua tunggu lama.”

Not too long to waste a few millions,” jawab Alisya selamba disambut dengan tawa Encik Badrul. Encik Badrul selaku ketua department sudah faham sangat dengan sikap Alisya yang sangat mementingkan kerja.

“Alisya, it just a few millions.”

Yeah, right.

“Okey, kita tak nak buang masa lagi, kan? So, I nak jemput bos baru you all untuk masuk.” Encik Badrul membuka pintu bilik mesyuarat lalu memanggil seseorang.

Tidak lama, seorang lelaki lengkap dengan sut kerja melangkah masuk.

Zafirha jatuh rahang.

Hanif yang menangkap imej Zafirha langsung saja senyum sinis sebaik pandangan mereka berlaga.

“Kenalkan bos baru kau orang yang akan gantikan I. Encik Naem Hanif.”

No, no, no... it just a dream!


*****


Usai saja sesi suai kenal dengan ketua department baru mereka, Zafirha terus balik ke bilik kerjanya. Buat apa dia berlama-lama dalam bilik mesyuarat itu. Dia tak perlu pun kenal dengan Hanif. Hanif tu dia sudah kenal lebih sepuluh tahun. Huh!

Zafirha memicit dahi yang tidak semena-mena berdenyut. Gila, ini bala apa yang nak datang pula ni? Musuh lama sekarang bekerja di bawah satu bumbung dengannya. Tak cukup dengan itu, bilik mereka bersebelahan pula. Tak cukup lagi? Hah, ada pintu di antara dinding pemisah bilik kerja mereka! Macam mana dia nak buat kerja dengan musuh tradisi dia itu nanti? Macam mana?

Okey Zafirha, ambil nafas dan bertenang!

Tenang...

Tenang...

Oh God, I cannot!

Ruang kerja yang dingin dengan udara dari pendingin hawa itu dengan tiba-tibanya dirasakan panas. Zafirha mencapai satu fail nipis lalu mengibas-ngibas wajahnya yang mula berpeluh.

Sukar dia nak percaya apatah lagi terima hakikat tentang berita pagi tadi. Naem Hanif sekarang adalah ketua dia? Dia sangka bos baru dia adalah seseorang yang berkepala botak, atau beruban, berperut buncit dan tua macam Encik Badrul. Atau paling tak pun seorang wanita lewat 40-an atau 50-an yang menggantikan tempat Encik Badrul, tetapi lain pula jadinya.

Kenapa Naem Hanif?

Dan bagaimana?

Persoalan yang tiada siapa akan sudi jawab, melainkan Naem Hanif sendiri.
Kedengaran pintu bilik sebelah dikuak dan ditutup kembali. Zafirha menghela nafas untuk menenangkan diri. Usai, dia bangun menuju ke pintu tengah yang menghubungkan satu lagi ruang, iaitu milik Naem Hanif.

My first day you have showed me how ineffiecient you are,” ujar Naem Hanif apabila Zafirha terus saja masuk ke bilik kerjanya tanpa izin. “To what do I owe this sudden visit?”

I don’t care about what you think of me.” Bidas Zafirha. “Aku nak tahu kenapa kau...”

“Kenapa aku jadi bos kau?”

Yes!

Hanif senyum sinis. “Rezeki Tuhan.”

Don’t give me that bullshit!” Zafirha membentak. Dia ingat dia boleh bodohkan aku ke? Tengoklah riak muka dia tu, memang something sangat! Jawapan dia tadi pun langsung tak boleh pakai!

“Suka hati kaulah nak percaya ke tak.” Ketawa kecil meletus di bibir Hanif. Dia kemudian bangun dari kerusi kulit yang empuk dan mendekati Zafirha yang berdiri bertentangan dengannya. “Things already happened and I am the boss now.

Zafirha ketap gigi. “Kau ingat kau bos aku, aku heran ke? Pergi mampus dengan kau punya title. Kalau dah musuh aku, tetap musuh aku.”

“Aku pun tak pernah lupa yang kita bermusuh. Dan, kita akan tetap jadi musuh. So that’s why... I am here.” Balas Hanif dengan senyuman penuh makna. “Musuh kau sekarang dah jadi bos kau. Bos kau ni tahu macam mana nak layan musuh dia. Yang pasti, layanan dia memang lain dari yang lain.”

“Aku tak takut dengan kau. Kau dengan perangai setan kau boleh pergi jahanam.”

Beware of your words, Elena.”

Terdiam Zafirha apabila Hanif menyebut nama itu. Nyata Hanif memang tahu cara untuk mendiamkan dia. “Don’t call me that.”

Hanif jungkit bahu. Senyuman senget kekal di bibirnya tanpa sikit pun luntur. “Elena.”

Don’t!

“El...”

“Huh! Aku benci kau!” Terus Zafirha memusingkan kaki dan kembali ke ruang kerjanya. Dia tidak mahu berlama lagi di situ, apatah lagi Hanif sudah memanggilnya Elena. Dia memang tidak suka sesiapapun memanggil dirinya Elena walaupun itu memang nama sebenarnya. Nama pertama di dalam nama penuhnya.

Dan Hanif, lelaki itu memang sentiasa tahu mencari pasal dengan dia. Paling teruk, menggunakan kelemahannya!


*****


Hanif sedang menonton perlawanan bolasepak antara Chelsea dan Manchester City apabila Hana Nadia mengambil tempat duduk di sebelahnya.

“Kau buat apa dengan kawan aku?” Terus Hana Nadia bertanya pada adik kembarnya itu.

Tadi baru saja dia mendapat mesej Whatsapp daripada Zafirha yang berbunyi…

Hana, aku rasa aku nak bunuh adik kau!

Terkejut dia apabila diterpa dengan mesej serupa itu. Langsung saja firasatnya mengatakan ada sesuatu yang terjadi antara mereka berdua. Huh, siapa aje yang tak tahu dengan perang Hanif-Zafirha. Semua orang sedia maklum akan itu!

“Mana ada aku buat apa-apa...” Jawab Hanif dengan muka toya. Seboleh-bolehnya dia cuba menyembunyikan riak sinis di wajahnya.

“Hanif, kalau kau rasa tak nak kena sepak dengan aku, baik kau cakap.”

Hanif terus ketawa besar. “Sepaklah.”

Terus ketawanya mati apabila kaki Hana Nadia singgah di tubuhnya, paling tepat di celah kelangkangnya. Senak terus dibuatnya. Azab woi kena sepak dekat situ!

Dammit, Hana!” Mulutnya menyumpah seranah kakaknya itu. Kini giliran Hana Nadia pula buat muka selenga. Langsung tak bersimpati dengan Hanif yang sudah mengerekot menahan sakit.

“Itu baru sikit.”

“Sikit kau cakap? Shit! Wei, benda ni penentu aku dapat zuriat ke tak kau tahu tak? Kau jangan sampai aku sepak kau punya pulak. Celaka punya kakak! Sama aje perangai dengan kawan kau tu! Fuck, sakit sial!”

Hana Nadia masih dengan riaknya tadi. Dia dah masak sangat dengan ayat-ayat seranah Hanif. Dia pun kadang-kadang dua kali lima aje dengan Hanif. Tetapi Hanif lagi teruklah, semua ayat carut omputeh semua terkeluar bila marah. Biasalah bila dah duduk Amerika tu lama sangat...

“Naem Hanif, Hana Nadia... apa yang bising-bising dekat depan tu?” Suara Datin Nafisa yang menjerit dari dapur membuatkan raungan Hanif lagi kuat. Hana Nadia mencebik. Sengaja cari attentionlah tu. Dasar attention seeker…

“Ibu, kakak sepak Hanif!”

Datin Nafisa keluar dari dapur. Berkerut dahinya melihat keadaan anak terunanya itu. Merah padam muka Hanif umpama menahan sakit yang maha dahsyat. “Hana Nadia, apa yang awak dah buat dekat adik kembar awak?”

“Ibu, she kicked my groin!”’

Oh my god!” Laju Datin Nafisa mendapatkan Hanif. “Are you okay? How bad is it? Let me see...

“Ibu!” Terjerit Hana Nadia, serentak dengan Hanif. Tika itu jugalah kesakitan Hanif hilang begitu saja digantikan dengan malu yang menebal.

What?

“Ibu ni, kalau ya pun risau tak payahlah nak londehkan seluar anak dekat sini. Ingat Hana dekat sini sama. Lagipun budak ni dah tua bangka pun, bukannya budak kecik lagi. Ish!” Bebel Hana Nadia.

“Habis tu, macam mana ibu nak tahu sakit dia macam mana? Mana tahu dah jadi apa dekat dia punya tut?”

“Err... ibu... rasanya tak perlu kot sampai macam tu.” Tersekat-sekat suara Hanif. “I can check myself.”

Are you sure young man? Dah tak sakit ke ni?” Tanya Datin Nafisa lagi, sedikit tak berpuas hati. Yalah, manalah tahu kalau Hana Nadia itu sepak kuat sangat. Jadi apa-apa dekat Hanif, mana ada benda lain boleh ganti dah. Kesian anak terunanya nanti...

Hanif menggaru belakang lehernya. “Hanif okey...”

“Nak minyak gamat ke apa ke?”

Hana Nadia menjulingkan matanya. “God, I’m out of here!” Tak kuasa lagi dia duduk di situ lama-lama kalau isu alat sulit Hanif yang menjadi topik utama.

So gross!


*****


“Kau buat apa dekat dia?” Soal Zafirha lalu melambakkan tawanya. “Sumpah, ini benda paling kelakar aku pernah dengar!”

“Aku belum habis cerita lagilah, perempuan. Tu baru intro.” Sela Hana Nadia membuatkan Zafirha perlahan-lahan mematikan ketawanya.

“Okey, sambung.”

“Lepastu ibu aku jerit dari dapur tanya apa hal kita orang bising-bising, si samdol tu apa lagi, meraunglah dia macam lembu kena sembelih. Dasar anak manja. Ingatkan jantan sangat. Langsung tak kental. Aku baru sepak sikit aje kot!”

Zafirha ketawa lagi. “Damn girl, sikit kau tu pun kira azab dah dekat orang lelaki tau!”

Like I care...” Balas Hana Nadia dengan toya. “And here comes the best part!

What happened?”

“Ibu aku terus meluru keluar pergi dekat dia lepas aje dia mengadu aku sepak dia punya ehem tu, siap nak londehkan seluar Hanif! Oh my God! Nasib baik masa tu refleks aku dengan Hanif cepat untuk stopkan ibu aku. Hanif, muka dia lepas tu jangan cakaplah! Merah macam tomato dah aku tengok! Hahahaha...” Terhambur ketawa Hana Nadia disusuli oleh Zafirha. Panjang tawa mereka saat itu. Zafirha tak dapat bayangkan apa jadi kalau dia ada di tempat kejadian. Agaknya dekat situ juga dia berguling ketawakan Hanif.

Padan muka kau!

“Tapi kan, aku still tak dapat lagi jawapan tentang apa yang dia buat dekat kau. Kau kenapa sampai hantar mesej nak bunuh adik aku?” Soal Hana Nadia setelah teringatkan mesej Zafirha. Terbantut niatnya untuk mendapatkan jawapan daripada Hanif disebabkan kejadian tak dirancang tadi.

“Dia cari pasal dengan aku.” Jawab Zafirha sambil merebahkan badannya ke tilam.

“Bila masa?”

“Tadi. Dekat tempat kerja.”

“Eh, dia pergi ofis kau ke?”

Zafirha menjulingkan mata. “Kau ni memang duduk dalam gua ke macam mana? Takkan adik kau dah kerja dekat tempat aku pun kau tak tahu?”

“Eh, seriuslah?”

“Seriuslah ni. Paling teruk, dia jadi bos aku tau!”

What? How come?”

“Itulah aku tak tahu. Yang aku tahu memang bos aku Encik Badrul dah nak pencen, yang aku tak tahunya adik kau yang ganti tempat dia. Aku tahu pun bila dia tetiba aje masuk meeting room dan kenalkan diri sebagai bos. I thought it was just a dream, but hell no! He’s real! And then, dia cari gaduh lagi masa aku pergi bilik dia. Memanglah aku salah sebab terjah bilik kerja dia. Tapi aku nak tahu alasan dia kerja dekat situ. Tapi lain yang aku nak, lain yang jadi…”

“Apa? Apa yang jadi? Dia buat benda tak senonoh dekat kau ke?” Kalut Hana Nadia bertanya. Zafirha menggelengkan kepala. Hana Nadia kalau dia dah mula overthinking, memang selalu benda luar alamlah dia fikir.

“Ish, simpang malaikat 44! Taklah sampai buat benda tak senonoh dekat aku.”

Then?”

“Dia panggil aku Elena.”

“Oh...” Respons Hana Nadia. “Oh... aku ingatkan hal apalah tadi. Panggil kau Elena pun sampai nak bunuh bagai?”

Zafirha menjulingkan mata. “Kau tahukan aku tak suka nama tu.”

“Okey. Tapi aku still tak tahu kenapa dari dulu kau tak suka nama tu. Nama tu sedap apa?”

“Saja aje tak suka.” Jawab Zafirha mudah. Kemudian dia terdengar suara pekikan dari talian sana. “Hana, ibu kau ke tu?”

Oops!” Hana Nadia ketawa. “Sorry babe, ibu aku nak mula sesi kaunseling dia dekat akulah. Mesti sebab aku sepak anak teruna dia tu.”

Zafirha turut ketawa. “Pergilah wei.

“Nanti kita borak lagi okey?”

Sure do. And Hana...”

Yes?

Thanks for kicking his groin, you badass!

Makin kuat tawa Hana Nadia. “You owe me one, bitch!


*****


Keesokan harinya Zafirha ke tempat kerja lebih awal dari semalamnya. Walaupun kalau ikut kata hati, mahu saja dia cuti hari ini. Tapi memikirkan tak elok bazirkan cuti tahunannya, dia paksa juga diri pergi kerja. Ah, macamlah tak biasa berdepan dengan Hanif.

What a lovely start of the day,” sinis dia menggumam sebaik saja pintu lif terbuka ketika di aras B1. Hanif yang lengkap bersut melangkah masuk ke dalam. Sinis senyumannya pada Zafirha.

Morning to you too.” Balas Hanif sarkastik, menandakan dia dengar apa yang Zafirha ucapkan tadi. Telinganya memang sentiasa peka dengan apa yang Zafirha tuturkan. Itu boleh jadi salah satu punca pergaduhan mereka.

Zafirha sekadar menjeling siling.

Hanif mengerling sisi. Matanya turun naik menganalisa pakaian yang tersarung di tubuh Zafirha. “Apa yang kau pakai ni?”

Dahi Zafirha berkerut. Seingatnya dia pakai pakaian rasmi untuk kerjalah. Hari ini dia mengenakan blaus chiffon rona putih yakni warna kegemarannya, dan di-tuck-in dengan pencil skirt rona tanah. Dipadankan dengan nude pumps setinggi lima inci. Rambutnya pula didandan menjadi french bun. Ringkas tetapi elegan.

“Pakai apa yang patut aku pakai pergi ofislah.”

“Semalam elok aje pakai baju kurung?”

“Biasanya isnin memang aku pakai baju kurung.” Jawab Zafirha lagi. Dah kenapa tetiba bincang pasal pakaian dia pula? Suka hatilah dia nak pakai apa pun.
Hanif senyum sinis. “Esok pakai apa pula? Bikini?”

Zafirha ketap gigi. Geram. Sikit lagi tangannya naik melempang Hanif. Biar sampai terteleng kepala 360 darjah! Tetapi disabarkan saja hati. Tak guna melayan perangai orang gila macam Hanif.

Hanif perasan dengan riak wajah Zafirha yang berubah. Makin lebar senyum sarkastiknya itu. Tambah pula apabila terpandangkan penumbuk yang digenggam oleh gadis itu. Benganglah tu. “Marah ke cik Elena?”

Dia buat lagi! “Kau jangan sampai aku sepak kau macam mana Hana buat semalam.”

Terjungkit sebelah kening Hanif. Bukannya riak marah yang ditonjolkan, sebaliknya dia terhibur dengan ugutan Zafirha. “Really?”

Bunyi lif yang berdenting sedikit sebanyak melegakan Zafirha. Dia risau lagi lama dia dengan Hanif dalam lif itu, ada juga yang kena pijak dengan kasut tumit tingginya itu. Huh, dia takkan cemarkan nama baik sendiri.

Nanti tak pasal-pasal ada cerita, pekerja brutal membelasah ketua jabatan sendiri. Ah, gosip murah sebegitu memang jadi kegemaran semua orang. Tambah lagi si ratu gosip itu.

Hanif ketawa dalam hati apabila Zafirha laju saja berjalan keluar dari lif ke bilik kerjanya. Dia lupa ke lari jauh mana pun, bilik kerja mereka bersebelahan?

Oh, today is gonna be fun!

Terus dia melaung dari tengah-tengah ruang pejabat, yang menempatkan kubikel pekerja-pekerjanya yang lain. Sudah ada dua tiga pekerja yang duduk di tempat mereka.

“Cik Zafirha, buatkan I kopi!”


*****


“Zafirha, buatkan I kopi.”

“Zafirha, please photocopy all these documents for me.”

“Zafirha? Buat apa dekat dalam ofis tu? Datang sini kejap.”

Dan apabila dia ke bilik kerja Hanif…

“Nampak remote aircond tu? Naikkan suhu dua darjah. Tetiba rasa sejuk pula. Unless, if you want to warm me, I’ll be very glad to accept it.

Pandangan Zafirha terus mencerlung pada Hanif yang bersahaja membuat kerjanya. Kalau matanya ada laser Superman, sudah lama rentung Hanif dibuatnya.

Seriously?! Dia ingat dia siapa nak suruh aku buat semua ni!

Dia bos kau. Ya, memang musuh kau, tapi sekarang dah upgrade jadi bos kau, suara annoying dalam kepala menyampuk.

Zafirha memicit dahi, baru hari kedua sudah kena buli dengan Hanif. Ingat aku kuli batak dia gamaknya? Tolonglah, aku ni eksekutif kot! Bukan PA dia atau setiausaha dia yang dia boleh suruh ikut suka!

Macam manalah hari-hari seterusnya nanti berdepan dengan Hanif?

Alah bisa tegal biasa. Lama-lama nanti kau biasalah dengan first crush kau tu. Kali ini hati pula yang bersuara.

Oh, shut up! Jangan sebut pasal crush!

“Zafirha?”

Tersentak dia apabila suara garau Hanif menampan telinganya. Apabila diangkat wajah dari meja kerjanya, kelihatan Hanif sudah berdiri di bingkai pintu yang memisahkan bilik kerja mereka. “What?”

“Syarikat ni tak bayar orang makan gaji buta. Sambung buat kerja tu, jangan nak buat taik mata aje.” Sesudah itu, dia terus menutup kembali pintu dan meninggalkan Zafirha dalam keadaan terpinga.

What the fish?!


*****


“Kau dengan bos baru kita tu apa cerita?” Tanya Alisya yang baru hari ini nampak mukanya. Ketika hari kedua mulanya kes buli antara Hanif dan dia, gadis itu tiada kerana berkursus di Perak.

“Apa cerita, apa?”

“Kau jangan nak mengelat. Baik kau cerita apa jadi antara kau orang. Kenapa sejak aku masuk ofis ni banyak kali aku dengar dia panggil kau? Kau mula ada skandal dengan dia ke?”

Zafirha tersedak kecil dengan anggapan teman sekerjanya itu. “Nonsense! Mana ada skandal!”

“Habis tu?”

“Dia jadikan aku kuli batak dia.”

“Huh?” Dahi Alisya mula berkerut. “Kenapa kau pula yang jadi kuli dia? Sebab dia tak ada secretary?”

“Entah, mungkinlah.” Jawab Zafirha mudah. Malas dia hendak menerangkan tentang hal sebenar. Nanti lagi panjang berjela pula dia kena cerita. Lagi satu hal, tak kuasa dia bercakap tentang ketua tak guna dia itu. Buang masa.

“Pelik...” Alisya ketuk dagunya dengan jari telunjuk. Cuba berfikir sebab munasabah kenapa Zafirha yang dijadikan mangsa. Mungkin sebab Zafirha orang yang paling dekat dengan dia kot. Tanpa sedar dia angguk kecil. Boleh jadi juga.

“Apa benda yang kau terangguk-angguk tu?” Tanya Zafirha yang dari tadi perhatikan tingkah Alisya.

“Aku tengah fikir kenapa kau yang jadi kuli dia. Tapi bagus juga kalau kau yang jadi. Huh, nasib baiklah aku pergi kursus, kalau tak mesti aku yang kena.”

Zafirha mencebik apatah lagi apabila Alisya mula ketawakan dia. Kalau kau tak pergi kursus pun aku juga yang kena dengan Hanif, bukan kau. Tetapi kata-kata itu hanya bergema dalam hati.

“Untunglah. Lain kali kalau ada kursus, aku doa nama aku aje yang selalu naik.”

Alisya ketawa lagi. “Babe, orang punyalah tak suka pergi kursus. Tapi kau lain pula.”

Well, daripada kena hadap bos gila macam tu, baik aku pergi kursus. Untung-untung kau pula yang kena buli.”

Hei!” Baru saja dia hendak marah Zafirha, tetapi hilang terus ayat yang hendak disembur, membuatkan Zafirha kepelikan. Tetapi apabila dia menangkap anak mata Alisya yang terarah pada sesuatu di belakangnya, dia tahu ada seseorang yang mendengar perbualan mereka.

“Dia ada dekat belakang aku, kan?” Tanya Zafirha. Alisya mengangguk acuh tak acuh. Mana tidaknya, kalau sudah kantoi mengumpat.

Belum pun sempat Zafirha berpaling, terasa suara Hanif dekat dengan telinganya. “Seronok mengumpat?”

Zafirha genggam tangannya yang berada di bawah meja makan. “Stay away from me.”

Why should I?” Lagi dekat suara Hanif, seraya dengan hembus nafasnya yang menampar perlahan cuping telinga Zafirha. Zafirha telan liur apabila rasa tubuhnya seram sejuk. “Wouldn’t it be perfect if I join you? You’re talking about me afterall.”

“Ehem...” Suara kecil Alisya berdehem sedikit sebanyak menyelamatkan Zafirha. Hanif terus menjarakkan diri daripadanya.

“Alisya... maaf tak perasan you pun ada dekat sini.” Tenang Hanif menuturkan.

Alisya senyum acuh tak acuh. “Err... memang I dari tadi dengan Zaf.”

Hanif mengangguk kecil. “Ya tak ya juga. Kalau tak, macam mana Zafirha nak mengumpat I, kan? Mesti kena ada teman.”

“Err...”

It’s okay. Bagus juga bila dapat tahu ada staf mengumpat I dekat belakang, boleh I utarakan hal ni dekat HR. What you say, Zafirha?”

Zafirha menjeling siling. “You’re being a jerk, Mr Hanif.”

Hanif ketawa kecil. Sekali lagi dia mendekatkan bibir di telinga Zafirha. “Oh, you have no idea about what you say.


*****


Seperti biasa, setiap malam memang Hanif akan melepak di hadapan televisyen saja. Hidup bujang. Nak pula hidup dengan mak bapak lagi, memang tak banyaklah aktiviti luar yang dia buat. Muda-muda dulu bolehlah dia keluar pergi lepak dengan member. Pergi kelab, pergi tengok lumba haram...

Pelik macam mana ketua pengawas berperangai liar dekat luar sekolah? Tak payah pelik. Kalau dah setan tu, memang setan juga.

Dan tak dinafikan sekarang pun dia muda lagi, tetapi entah... dia dah tak rasa nikmat dah untuk buat benda-benda begitu. Tak berfaedah.

“Ibu, Qalif tu umur berapa?” Kedengaran suara Hana Nadia bertanya pada Datin Nafisa.

Petang tadi apabila Hanif pulang dari pejabat, kaget dia melihat ada rombongan merisik datang ke rumah. Mujurlah yang datang merisik bukan untuk dia, tetapi untuk Hana Nadia.

Ceh, perasannya kau! Siapa entah nak merisik kau... Perli suara dalam kepalanya.

“35 kalau tak silap.”

“Tuanya.” Ujar Hana Nadia dengan muka berkerut. “Hana umur 28. Beza...” Dia angkat jari lalu menghitung jarak umurnya dengan Tengku Qalif. “Tujuh tahun.”

“Alah, tujuh tahun aje pun. Dia pun nampak muda lagi. Handsome apa...” Puji Datin Nafisa pada bakal menantunya. Hana Nadia buat gaya nak muntah.

Handsome apa benda, ibu. Muka dia masam gila tadi. Kalah jeruk kelubi.”

Hanif yang sedari tadi tumpang dengar menghamburkan tawanya.

“Apa yang lawak sangat hah, budak?” Hana Nadia baling kusyen kecil pada Hanif tetapi Hanif laju menangkapnya. Dia dah pro bab-bab tangkap benda ni. Biasalah, dari kecik lagi dah hidup dengan Hana Nadia yang kuat membaling barang kalau marahkan dia.

“Itulah kau selalu bahagia sangat hidup tak ada pakwe, sekali kena kahwin dengan orang tua.” Sindir Hanif pada kakak kembarnya itu.

At least, it’s still a normal thing. Kau kalau berjodoh dengan perempuan tua, tu baru padan muka.”

“Kalau kahwin dengan perempuan lagi tua yang hot macam Che Ta, apa salahnya?” Hanif sengih keji. “Older lady know how to keep their daddy. Wow, that’s a rhyme.

Hana Nadia sekali lagi buat muka nak termuntah. “Kau kalau tak buat ayat jijik tak boleh eh?”

Hanif ketawa besar. “Kalau rasa disgusting, jangan dengar.”

“Masalahnya kau memang cakap dengan aku, syaiton.”

“Heishhh, sudah!” Sampuk Datin Nafisa yang dari tadi mendengar saja dua-dua anaknya berlawan cakap. “Hana, nak kahwin dah kan, cuba jaga sikit mulut tu. Jangan asyik nak bertekak aje.”

“Betul tu, bu. Jangan lupa ingatkan kakak kesayangan Hanif ni juga, lepas kahwin nanti jangan tendang suami dia punya ‘tut’. Tak bercucu ibu nanti.” Sela Hanif lalu melambakkan tawanya sekali lagi. Datin Nafisa hanya geleng kepala dengan kata-kata Hanif.

“Ibu, kenapalah anak ibu seorang ni perangai tak senonoh sangat?” Tanya Hana Nadia selepas mencepuk kepala Hanif. Hanif yang mendesis sakit tak dihiraukan.

“Betul juga apa Hanif cakap tu...”

See? Ibu pun sokong.”

Hana Nadia menjerukkan muka. “Ish, menyampahlah bila tak ada orang sokong Hana.”

Aww... baby boo is sulking!” Hanif menyindir.

Shut up!


*****


My God! My best friend is getting married? Are you serious?!” Terjerit Zafirha sebaik saja kawan baiknya itu memberitahu tentang perkahwinannya yang akan berlangsung lagi dua minggu.

Ya, memang dia baru dirisik semalam tetapi lagi dua minggu dia sudah akan jadi isteri orang. Apa lagi benda yang lagi teruk dari itu? Tak ada.

Yes. And I know, it’s worst.

Wei! Itu bukan benda buruk okey. Kau akan kahwin. Kau...” Jari telunjuk Zafirha turun naik pada Hana Nadia. “Yang selama ni bahagia hidup single, akan lebih bahagia sebab dah kahwin!”

“Aku kahwin pun belum, mana kau tahu aku akan bahagia?”

Zafirha menjeling siling. “Mestilah. Sebab kau dah berteman. Okey, sekarang kau cerita pasal bakal suami kau tu. Dia handsome tak?”

Handsome lagi atok aku.”

“Hish!” Zafirha menampar lengan Hana Nadia. “Jangan main-main boleh tak?”

Hana Nadia ketawa kecil. Dia mengeluarkan iPhone miliknya lalu membuka Whatsapp. Profil Tengku Qalif dicari lalu ditunjukkan gambar profil lelaki itu. “Nah. Tengok sendirilah dia macam mana.”

Zafirha jatuh rahang. “Hana, aku rasa lepas ni kau kena pergi service mata kau tu. Ini bukan setakat handsome, ini terlampau handsome! Look at him, he’s such a gorgeous hunk!

Hana Nadia jungkit bahu. “Handsome pun kalau tua buat apa?”

“Apa maksud kau?”

“Dia tua tujuh tahun dari aku.”

So?” Zafirha jungkit kening sebelah. “Tujuh tahun beza umur aje, cik kak. Not a big deal. Selagi dia boleh produce sperm untuk kau lahirkan anak-anak dia, itu bukan masalah. Lelaki lagi tua lagi matang tau.” Bebel Zafirha membuatkan Hana Nadia mengerutkan muka.

“Kau jangan nak jadi disgusting macam Hanif sangat boleh tak? Eloklah kau dengan dia, dua-dua otak kuning. Pergi brainwash nanti. Jangan biar berkarat.”

Sekali lagi lengan Hana Nadia menjadi sasaran penamparnya. “Hei jangan samakan aku dengan adik kau yang tak berapa cerdik tu.”

“Siapa yang tak berapa cerdik?” Satu suara garau menyampuk di antara perbualan mereka. Hana Nadia tahan ketawa dari terhambur. Zafirha pula mencebik. Datang dah tetamu tak diundang ni.

“Adik kau ni memang suka menyibuk ke macam mana?” Tanya Zafirha dengan nada berbisik. Hana Nadia ketawa halus.

Can’t blame him. Suara kau tu kuat sangat bila mengumpat.” Dia balas dengan bisik juga.

Nothing, Hanif. Kita orang tak cakap pasal sesiapa pun. Apatah lagi cakap pasal kau.” Zafirha menjawab selamba bagai tiada apa. Matanya mengerling Hanif yang tiba-tiba menerjah perbualan mereka di ruang tamu kedua rumah Hana Nadia ini. Biasanya kalau dia datang lepak dekat sini, memang tingkat dua rumah inilah mereka akan duduk.

“Hana, ibu panggil turun bawah. Bakal mak mentua kau call.” Hanif tidak melayan Zafirha sebaliknya terus menyampaikan pesanan pada kakak kembarnya.

Okay...” Hana Nadia terus bangun. “Babe, kau tunggu sini kejap, okey? Aku nak pergi layan ibu mentua kesayangan aku dulu.”

Alright, just go on.”

Usai saja Hana Nadia berlalu ke tingkat bawah, Zafirha terus membuka majalah Wanita yang terdampar di meja kopi. Baru lagi majalah ini, ini mesti Datin Nafisa belum habis baca lagi. “Tercegat apa lagi dekat situ, tak reti nak blah?”

“Amboi kau, dahlah datang rumah aku. Nak menghalau aku pulak.”

Zafirha senyum sinis. “Tapi kawasan ni tempat lepak aku dengan Hana, bukan kau.”

Oh yeah? Hanif menapak mendekati Zafirha.

Zafirha sudah tidak senang duduk apabila Hanif melabuhkan punggung di sebelahnya. Bukannya dia tak biasa duduk sebelah Hanif, tetapi mamat  ini bukan boleh diduga. Makin lama makin pelik perangai dia.

“Kau duduk jauh sikit boleh tak? Asyik nak menyemak aje dekat aku. Dahlah dekat pejabat pun suka menyusahkan aku.”

“Kan aku dah kata rumah ni rumah aku, aku nak duduk mana pun ikut sukalah. Kalau kau tak nak duduk sebelah aku, kau bangun pergi duduk tempat lain.” Ujar Hanif dengan nada menjengkelkan. Zafirha tahan geram dalam hati. Dia ni kalau tak cari pasal memang tak sah.

Anehnya dia tetap tak berganjak dari tempat duduknya, sebaliknya terus membaca dan menyelak majalah di atas ribanya.

“Apa yang kau pakai ni?” Soalan Hanif menyentakkan pembacaannya. Dia berpaling pada Hanif. Rasa déjà vu sangat bila Hanif bertanya soalan itu.

“Kau ni memang ada masalah dengan gaya pemakaian aku ke macam mana?” Zafirha bertanya balik. Serasanya pakaian dia hari ini pakaian biasa yang dia pakai bila datang rumah Hana Nadia. Tank top putih dengan denim jeans biru gelap dipadankan dengan kardigan labuh berabstrak rona biru-putih-kuning. Apa yang tak kenanya?

Hanif menggeleng dengan senyum senget. “Kau ni memang suka kan pakai seksi-seksi depan aku. Dah tahu aku lelaki, nak juga pakai macam ni.”

“Aku pakai macam ni bukan nak show off depan kau. Kau kalau rasa tak suka, tak payah tengok. Pergi duduk jauh-jauh.”

“Kau yang jemput aku datang duduk sebelah kau. Metaphorically.” Jari-jemarinya sudah menjalar ke bahu Zafirha. “Kau ingat kau pakai kau pakai kardigan ni boleh sembunyikan kau punya tank top ke?”

Zafirha menepis tangan lelaki itu. “Jangan menggatal!”

Hanif ketawa sinis. Dia akhirnya bangun dari sofa. Mana tahu lagi lama dia duduk situ, entah apa dia akan buat dekat anak dara orang tu. Walaupun dia tak suka dengan Zafirha, dia tetap lelaki. “Kalau tak nak aku menggatal, lain kali pakai sopan-sopan. Ciao.”


*****


Rutin harian di tempat kerja sama saja seperti hari-hari yang lain. Tak ada bezanya. Kalau yang berubah pun mungkin sebab ada manusia dekat bilik sebelah yang suka mengacau hidup dia. Nasiblah bila musuh sendiri yang jadi ketua dekat tempat kerja.

“Zafirha, where’s my coffee?” Tanya Hanif melalui interkom apabila lelaki itu masuk kerja. Zafirha menjeling siling.

Get yourself a tea lady, she can give you your goddamn coffee.

Why get a tea lady, when I have you? You can give me more than coffee. Don’t you agree with me?” Soalan retorik dari Hanif yang Zafirha tak kuasa nak jawab. Apa jenis soalan tu? Miang semacam aje bunyi.

“Hanif, aku bukan PA kau.” Kalau berdepan dengan Hanif atau berhubung melalui interkom memang gaya bahasa mereka tak akan berubah. Kau-aku tetap kau-aku juga. Tetapi kalau depan staf lain atau orang atasan, automatik tukar jadi I dan you. Bukan sesiapa yang tentukan, memang bahasa itu terkeluar sendiri dari mulut mereka.

“PA ke bukan PA ke, kalau dah kerja bawah aku, kau buat aje apa aku suruh.”

Zafirha menghentikan kerja yang dilakukannya sekarang. Hanif ni, memang tak senang tengok orang senang. Selagi tak buat selagi itu dia akan mengacau. Pula itu, bukan nak kacau orang lain. Kotlah pergi kacau Alisya ke, Bainun ratu gosip tu ke...

Huh, kalau suruh Queen Bee itu, memang laju dia buat. Maklumlah kalau dah crush dekat si Hanif itu...

Kopi yang diminta Hanif segera dibancuh di pantri lalu dibawa ke bilik kerja lelaki itu. Rasanya selagi mereka bekerja sekali, memang sampai sudahlah dia akan jadi pembancuh kopi. Sampai jadi pakarlah. Terfikir juga Zafirha, kalau berhenti kerja nanti dia rasa dah boleh kot buka coffee shop.

Hmm... angan-angan yang bagus!

“Letak dekat coffee table tu. Lepas tu pergi ambil design projek dengan Damai Aman tu. Aku nak tengok progress. Panggil sekali Luqman yang kerja sekali dengan kau tu.” Arah Hanif tanpa berkalih pandang pada Zafirha. Matanya fokus pada skrin laptop.

“Luqman EL hari ni...” Ujar Zafirha.

Hanif jungkit kening. Kali ini perhatiannya dialihkan. “Again?”

“Dia kata ada family problem.”

“Tiap-tiap minggu ada family problem?”

Zafirha cuma jungkit bahu. “He said so.”

Hanif geleng perlahan. Nampak sangat Zafirha tak peka dengan apa yang jadi. “Dahlah, pergi ambil design tu. Panggil Alisya sekali.”



*****


Baru tadi Zafirha selesai membentangkan tentang rekaan rumah untuk perumahan moden di hadapan staf Damai Aman yang terlibat dalam usahasama projek itu. Selepas berbincang itu ini dengan pihak Damai Aman, akhirnya mereka memutuskan untuk mengkahiri mesyuarat. Lagi dua minggu mereka akan berjumpa lagi untuk membincangkan kemajuan projek yang seterusnya.

Zafirha menggulung kertas projek lalu disimpan dalam plan holder. Wakil Damai Aman sudah pulang meninggalkan dia dan Hanif di ruang mesyuarat itu. Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang. Waktu yang tepat untuk balik rumah.

“Zafirha, can we talk for a while?”

Plan holder yang baru saja disangkutkan ke bahu diletakkan semula ke atas meja. Melihatkan riak wajah Hanif, dia rasakan sesuatu yang serius lelaki itu ingin bicarakan. “Pasal apa?”

“Luqman.”

“Kenapa dengan dia?”

Don’t you think there’s something wrong with him? Something fishy?” Tanya Hanif membuatkan Zafirha berfikir sejenak. Selain daripada kekerapan dia mengambil cuti kecemasan sejak akhir-akhir ini, tak ada benda lain yang mencurigakan. Nak buat macam mana kalau tetiba kena cuti sebab hal keluarga. Itu benda yang tak boleh dielakkan.

Nope.” Zafirha menggeleng.

 “Dia tak ada cakap masalah famili dia tu masalah apa?”

“Tak.”

Hanif mengeluh perlahan. Dia bangun dari kerusinya. “Aku tak rasa dia ada masalah famili pun.”

Dahi Zafirha berkerut. “Kau nak cakap dia menipu ke?”

It’s not impossible.

“Kau tengok sikit dia macam mana berbanding dengan staf lain. Orang innocent macam tu takkan buat hal.”

Looks can be deceiving, Zaf. Sometimes the innocent is the one who’s rotten inside.

Oh my God! Aku tak sangka kau ni jenis suka menuduh orang ikut suka!” Bidas Zafirha. Apa kena dengan Hanif ini? Takkan sebab Luqman selalu tak masuk ofis dia terus buat andaian bukan-bukan pasal Luqman? Luqman cuti dengan bersebab. Bukan MIA macam tu aje!

“Aku bukan tuduh ikut suka.” Hanif menjawab tenang. “Ada sebab aku cakap macam tu. Semalam dalam meeting dengan orang atasan, dia orang ada mention pasal seseorang cuba pecah amanah dalam syarikat ni.”

So, ada dia orang sebut nama ke?” Tanya Zafirha. Semalam cuma ketua jabatan saja yang diarah berkumpul untuk mesyuarat dengan orang atasan. Jadi cuma Hanif saja yang tahu apa yang mereka bincangkan dalam mesyuarat tersebut.

“Tak...”

Then, kau tak boleh nak tuduh Luqman macam tu aje.” Tukas Zafirha, masih lagi membela Luqman.

“Jangan butakan mata sebab kebaikan yang orang tunjuk, Zafirha.”

Zafirha senyum sinis. “Dan kau pula, jangan buta tengok kebaikan orang. Orang yang tak bersalah pun kau tuduh ikut suka. Cuba suspek orang lain sama. Jangan sebab salah Luqman tak datang kerja selalu, kau terus syak dia yang buat aniaya dekat company. That’s so wrong on so many levels!

Hanif merengus kasar. Cakaplah macam mana sekalipun, Zafirha tetap dengan pendiriannya. “Okay fine. Satu hari nanti kau akan percaya juga apa aku cakap.”

Not until you prove it to me. Now, excuse me, I wanna go home.” Dengan itu, Zafirha terus keluar dari bilik mesyuarat itu.


*****


“Kau rasa kasut ni okey tak?” Tanya Hana Nadia akan pendapat sahabat baiknya.

Hari ini mereka keluar membeli-belah untuk barang hantaran. Silap pula hari itu pergi setuju untuk hantaran sebanyak tujuh berbalas sembilan. Sekarang dia yang pening nak cukupkan sembilan tu. Manalah dia pandai cari barang lelaki! Itu yang dia heret juga Zafirha cari barang hantaran. Oh, tak dilupakan juga Hanif.

“Kau tahu ke saiz kaki Qalif?”

Hana Nadia menjeling siling. “Babe, dia bagi semua measurement badan dia okey. Top to toe. Jadi sekarang, aku tanya pendapat kau, kasut ni okey atau tak?”

Zafirha meneliti kasut kulit yang dipegang Hana Nadia. Dia pun bukannya pandai sangat bab beli barang lelaki tetapi sekurang-kurangnya dia lagi teliti dari Hana Nadia. Kawan baik dia itu, tak payah cakap, barang dia sendiri pun ikut dan dia aje beli.

“Aku rasa tak kenalah dengan Qalif.” Ujarnya lalu menala pandangan ke rak kasut. “Cuba kau ambil yang tu.”

“Yang ni?” Tanya Hana Nadia sambil menunjukkan kasut yang disebut Zafirha tadi. Zafirha angguk. Dia terus mencapai kasut yang dimaksudkan.

Hmm... yang ni better. Kalau Qalif pakai, terserlah sifat maskulin dia.”

Hana Nadia buat muka. “Zaf, dia nak pakai dekat kaki aje. Bukan orang peduli sangat pun. Tak ada pun orang cakap dia handsome bila tengok kasut dia.”

“Kalau macam tu buat apa tanya pendapat aku pasal kasut yang sesuai dengan dia? Ambil ajelah mana-mana pun.” Zafirha menyindir. “Lagipun cik Hana, appearance matters the most. Apa guna dekat atas kemas dan segak tetapi tiba-tiba dekat bawah pakai selipar. Tsk tsk. Hilang satu point dekat situ. Kasut ni kira maruah juga tau.”

Hana Nadia terdiam seketika. “Alright, you win.

“Hana, lama lagi ke nak pilih tu?” Sampuk Hanif yang sudah terduduk di bangku yang disediakan dalam store  itu. “Aku dah bosan ikut kau shopping.”

“Aku dah kata, bawak dia shopping memang tak ada faedah. Kau silap besar usung adik kau sekali.” Ujar Zafirha pada Hana Nadia.

“Tapi dia lelaki. Dia mesti tahu apa yang lelaki suka and apa yang lelaki tak suka.” Balas Hana Nadia. “So Hanif, kau rasa kasut ni okey tak dengan Qalif?”

Hanif memerhati kasut yang dipegang Hana Nadia. Kemudian kepalanya dijatuhkan. “Okey.”

Great! Nampaknya taste kau dengan Zaf sama aje. Eloklah macam tu Zaf, nanti bila kahwin dengan adik aku, senanglah. Dia mesti suka apa yang kau beli.”

Zafirha mencemikkan wajah.

Hanif pula buat-buat tak dengar.

“Kau jangan nak merepeklah, perempuan. Tak nak aku kahwin dengan dia.”

“Aku pun tak nak kahwin dengan kau.

Aww... stop denying my dear babies.” Hana Nadia menuturkan dengan nada mengusik. “Dahlah, aku nak pergi bayar. Duduk elok-elok dekat sini. Jangan nakal-nakal, tau? ”

Zafirha terus menjulingkan mata.


*****


“Zaf, bila nak kahwin?” Hampir tersedak air liur Zafirha apabila diutarakan soalan itu oleh ibu Hana Nadia, Datin Nafisa.

Petang esoknya, dia bertandang lagi ke rumah sahabat baiknya itu untuk tolong menggubah hantaran. Bukan nak cakap besar, tetapi dia memang berbakat bab gubah-menggubah ini. Kalau tak, tak adalah Hana Nadia paksa dia datang juga.

“Nak kahwin apanya, ibu. Calon pun tak ada.” Memang dah terbiasa dari dulu memanggil Datin Nafisa dengan panggilan ibu. Datin Nafisa yang menyuruh, bukan dia yang tiba-tiba tergedik nak panggil ibu dekat wanita itu.

“Sayangnya, anak ibu seorang ni belum ada calon lagi. Nak ibu carikan? Untung-untung boleh sanding sekali dengan Hana.” Tanya Datin Nafisa membuatkan Zafirha ketawa kecil.

“Ibu, mana ada orang tetiba nak jadi bidan terjun bab kahwin. Kamikaze sangat tu. Lagipun Hana ni lagi dua hari dah nak menikah, ibu.”

“Eh, ada aje yang kahwin ekspres. Ibu tak maksudkan kahwin cara yang salah tu, ni kahwin cara yang betul tapi ekspres. Macam hari ni kenal, esok kahwin.”

“Ibu, kalau dia kahwin serentak dengan Hana, siapa nak jadi pengapit Hana?” Kali ini Hana Nadia menyampuk.

“Kamu ni, Hana. Buat macam tak ada sepupu perempuan. Si Aira tu pun boleh jadi pengapit kamu.”

“Ibu...” Suara Hana Nadia sudah meleret. “Macamlah ibu tak tahu Hana tak ngam dengan Aira tu. Lagipun Aira tu stok-stok diva. Nanti kalau dia jadi pengapit, orang salah sangka pula ingat dia yang pengantin.”

Datin Nafisa ketawa serentak dengan Zafirha.

“Lagipun kalau Zaf kahwin ekspres, kesian anak teruna ibu tu. Nangis tak berlagu dia sebab zaujah dia kahwin dengan orang lain.” Usik Hana Nadia membuatkan tawa Zafirha mati serta-merta. Mencerlung matanya pada Hana Nadia dengan pandangan kau-nak-mampus-ke-perempuan.

Datin Nafisa yang mendengar tersenyum panjang. Tangannya menyentuh lembut belakang tangan Zafirha. “Zaf kalau jadi menantu ibu pun okey jugak.”

“Haah... lagipun dari dulu dah panggil ibu, ibu. Kira siap praktis dah tu.” Tambah Hana Nadia lagi.

“Ibu pun dah kenal Zaf luar dalam. Kalau Zaf jadi menantu dalam keluarga ni, mesti lagi meriah.”

Zafirha tersenyum sumbing. Apa ni tiba-tiba topik cakap pasal dia pula? Tadi bukan cakap pasal Hana Nadia ke? “Ibu... err... Zaf tak sedia lagi nak kahwin, bu.”

“Memanglah tak sedia kalau Hanif tu pun tak sedia. Kalau dia sedia, kau sedia, dah lama dah dengar bunyi kompang.”

Zafirha ketap gigi. Hana Nadia ini memang nak kena gamaknya. Geram aje dia tengok kawan baiknya itu senyum keji pada dia. Sajalah tu nak buat dia serba salah depan Datin Nafisa ini. “Tak ada kaitan dengan Hanif okey?”

Datin Nafisa yang mengesan ketidaksenangan yang dialami Zafirha terus menukar topik perbualan. Kasihan pula dengan sahabat baik anaknya itu. Hana Nadia pun satu. Kalau bab membahan orang memang dialah juara.


*****


“Abang Hanif, my handsome boy…”

Terbantut selera Hanif untuk menjamah makanannya apabila Aira datang duduk di sebelahnya. Gadis yang setahun muda daripadanya itu dipandang atas bawah. Apa fesyenlah adik sepupunya pakai ini? Baju kebaya jarang warna jingga, korsetnya pula warna merah darah dipadankan dengan kain batik yang berwarna kuning. Seriously? Ini anak keling mana yang salah masuk majlis ni?

“Nak apa?” Soal Hanif dingin. Dari semalam lagi budak Aira ini mengekor dia. Kenapalah majlis Hana Nadia ini sampai berhari-hari? Buat semua dalam satu hari sudahlah. Ini tak, nikah hari lain, sanding hari lain, esok majlis dekat rumah Tengku Qalif pula. Bukannya penat fizikal aje, ni penat layan kerenah budak tak betul ni pun iye jugak.

“Abang Hanif baru nak makan ke?”

“Taklah, tengah basuh tayar motor.”

Aira ketawa gedik. “Pandai abang buat lawak.”

Hanif menjulingkan mata. Ya Tuhan, betul ke budak ni sepupu aku? Ke mak ngah dengan pak ngah ambil anak angkat? “Buat apa menyibuk dekat sini? Nak makan pun tak senang.”

“Alah abang ni, orang nak duduk sini pun salah. Bukan apa, Aira tengok abang 
duduk sorang-sorang, biarlah Aira temankan.” Ujar Aira tanpa mempedulikan Hanif yang dah sound dia tadi.

“Saya tak perlu orang temankan saya. Saya boleh makan sorang-sorang.” Ujar Hanif, masih lagi dengan nada tegas. Cepatlah berambus budak oi! Aku nak melahap pun tak senang.

Manakala dari jauh Hana Nadia memerhatikan babak dua sepupu itu. “Zaf...”

“Hmm?” Zafirha yang membetulkan crown  Hana Nadia menyahut.

“Kau tengok tu.”

“Apa?”

“Tu...”

Zafirha mengalihkan pandangan dan memandang ke arah yang Hana Nadia tunjukkan. “So? Biarlah dia orang.”

“Aku rasa adik aku tu kena diselamatkan dari budak Aira tu. Walaupun kadang-kadang perangai adik aku tu annoying macam setan, tapi Aira tu lagi annoying.”

“Kalau kau nak pergi selamatkan dia, pergilah. Lagipun encik suami kau tengah sibuk layan tetamu yang lain.”

Hana Nadia menggeleng dengan jari telunjuk digoyangkan. “Bukan aku yang kena selamatkan dia. Tapi kau.”

“Hah?”

“Dah, pergi sana. Aku tengok dari sini.” Hana Nadia menolak perlahan bahu Zafirha. Zafirha menjegilkan matanya.

“Ish, tak nak aku!”

“Kau ingat, kau ada hutang something dengan aku. Aku tolong kau balas dendam dekat adik aku dulu.”

“Bila masa?” Zafirha sudah kerut dahi.

“Yang aku sepak dia punya tu...”

So, sekarang kau nak aku balas jasa baik kau tulah?”

Hana Nadia mengiyakan. “Plus, kalau kau tolong dia, aku belanja kau makan dekat Tony Romas.”

Mengecil mata Zafirha bagai meragui kata-kata Hana Nadia. “Betul ni?”

Laju Hana Nadia mengangguk. “Aku janji.”

Zafirha akhirnya mengalah juga. Bukan selalu ada orang nak belanja makan. Tony Romas tu memang dia pun mampu nak pergi, tapi lagi nikmat makan dekat situ kalau ada orang belanja. Betul tak?

Dengan nafas yang dihela perlahan, dia atur juga langkah ke meja yang diduduki Hanif dengan Aira. Sambil itu, dialog lakonannya dikarang dalam kepala. Ini memang kerja gila. Tapi demi Tony Romas, dia sanggup!

Baby, siapa perempuan ni?!”

Dua kepala berpaling ke arahnya. Zafirha sudah mencekak pinggang dengan muka garang. “Berani you makan dengan perempuan lain? You ni memang nak kena!”

Hanif terus jatuh rahang. “What?!”


*****


Baby, huh?”

“Diam!” Garang Zafirha menyuruh. Wajahnya tak tahu merah tahap apa dah sekarang. Ya Tuhan, ini semua salah Hana Nadia!

Elok saja drama sebabak dia antara dia, Hanif dan Aira berlangsung tadi, waktu itu jugalah ada penonton datang tengok. Lagi malu bila mummy dengan daddy dia pun ada! Macam manalah dia boleh tak perasankan ibu bapa dia pun ada di bawah satu khemah yang sama dengan Hanif!

Hanif sengih mengusik. Pandai juga Zafirha berlakon tadi. Beria-ia sungguh marahkan dia depan Aira. Kononnya dia menggatal dengan Aira. Aira pun terkena tempias marah dia sekali. Tak pasal-pasal aje. “Lain kali nak berlakon cakap awal-awal. Aku boleh buat drama lagi dahsyat dari tadi.”

“Dah nama pun berlakon spontan. Bagitahu kau awal-awal buat apa.” Ujarnya dengan gigi diketap. Sedaya upaya dia mengawal suara supaya tidak melenting. Sekarang Hanif bawa dia jauh sikit dari orang lain, kononnya nak memujuk dia, si makwe yang tengah mengamuk. Padahal yang sebenarnya benda lain yang mereka ‘bincangkan’.

“Hm... elok juga kau jadi girlfriend aku. Kenapalah aku tak pernah terfikir nak suruh kau menyamar jadi girlfriend aku depan Aira tu?”

“Sebab kau tu memang tak berapa cerdik?”

“Kau ni kalau aku cium dekat sini baru tau.” Ugut Hanif.

“Berani buatlah. Aku tumbuk kau nanti.”

Hanif melambakkan tawa. “Apa salahnya kalau boyfriend kiss girlfriend dia pun, kan? Baru orang tahu kita punya relationship ni real.”

“Kau jangan sampai aku benam kepala kau dalam kolam ikan tu.”

“Daripada benam kepala dekat dalam kolam ikan, baik benam dekat tempat lain. Somewhere on you.”

Zafirha mengecilkan matanya merenung Hanif. Nak mampus agaknya mangkuk ayun ni? Aku cakap pasal benda lain dia menyimpang pergi tempat lain. “Menyampahlah aku cakap dengan kau ni. Buang masa aje aku tolong kau dari Aira tadi. Huh, dahlah aku blah dulu! Duduk lama-lama dengan kau ni buat sakit hati aje.”

Hanif pecah ketawa lagi. “Okay. Bye, BABY!


“DIAM!”


-To be continued-